Kemudian orang-orang kafir yang zalim ini akan mengatakan bahawa Islam disebarkan dengan kekerasan dan pedang
🔴 Bukankah kezaliman mereka yang zalim ini patut dibalas dengan pedang??
🔴 میرا دل نہیں چاہ رہا تھا کہ اس ویڈیو کو اپلوڈ کرلوں لیکن 57 اسلامی ممالک کے حکمرانوں کو غیرت دلانے کیلئے اپلوڈ کر رہی ہوں 💔🙏💔
— Laiba Palestine 🇵🇸 (@Laiba_Humanity) January 21, 2024
إنَّا لِلّٰه وَإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوَنَ 😥😥😥 pic.twitter.com/N87MfRT51U
Terdapat satu hadis yang secara jelas berpesan kepada kita agar berwaspada terhadap doa orang yang dizalimi. Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah SAW mengutuskan Mu‘az bin Jabal R.A ke Yaman, Baginda berpesan:
اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
Maksudnya: Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT.
Riwayat al-Bukhari (2448)
Terdapat juga sedikit variasi bagi hadis ini, iaitu yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اتَّقوا دَعْوَةَ المــــَـظْلُومِ وإنْ كانَ كافِراً فإنَّهُ ليسَ دُونها حِجابٌ
Maksudnya: Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, meskipun dia itu seorang kafir, kerana sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT.
Riwayat Ahmad dalam Musnad, Abu Ya’la dan al-Dhiya’ al-Maqdisi
Imam al-Munawi memberi komentar terhadap hadis ini dengan berkata:
(اتقوا دعوة المظلوم) أي تَجَنِّبُوا الظلمَ لِئَلَّا يَدعُو عليكم المظلومُ (وإن كان كافراً) معصوماً فإنَّ دَعْوَتَهُ إَنْ كانَ مَظْلُوماً مُسْتَجَابةً وَفُجُورُهُ عَلَى نَفْسِهِ ...
Maksudnya: Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, iaitu janganlah berlaku zalim, jika tidak orang yang dizalimi akan mendoakan balasan terhadap engkau, meskipun dia itu kafir, iaitu kafir yang terpelihara nyawanya. Sesungguhnya doanya adalah mustajab jika dia dizalimi, sedangkan kejahatannya akan ditanggung oleh dirinya sendiri.
Oleh yang demikian jelas doa orang kafir yang dizalimi tiada hijab antaranya dengan Allah SWT berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas. Namun ada juga ulama yang berpandangan bahawa doa orang kafir itu tidak dimakbulkan Allah SWT sama sekali, berdasarkan firman-Nya:
وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ
Maksudnya : Tiadalah doa dan ibadat orang kafir itu melainkan sia-sia sahaja.
Surah al-Ra‘d (14)
Menurut Syeikh Ibn ‘Asyur, sebahagian orang menyangka bahawa tatkala orang kafir berdoa dan memperoleh apa yang dihajatinya, maka ia bermaksud doa mereka dimakbulkan, sedangkan hakikatnya mereka mendapat apa yang dihajati disebabkan pada waktu itu Allah SWT memakbulkan doa orang soleh. Bagaimana mungkin doa orang kafir dimakbulkan, sedangkan Nabi SAW telah bersabda bahawa doa orang yang makan dan minum daripada harta yang haram pun tidak akan dimakbulkan doanya?
Namun, ramai dalam kalangan ulama tafsir dan hadis yang berpandangan bahawa ayat ini tidak memberi maksud bahawa doa orang kafir itu tidak akan dimakbulkan secara mutlak di dunia. Menurut Imam al-Alusi:
والحقُّ أَنَّ الآيةَ في دُعاءِ الكُفَّارِ يَومَ القيامةِ وأَنَّ الكافِرَ قَدْ يَقَعُ في الدنيا ما يدعو به ويَطْلُبُهُ مِن اللهِ تعالى إِثْرَ دُعائِه كَما يَشْهَدُ بذلك آياتٌ كثيرةٌ
Maksudnya: Hakikatnya, ayat ini merujuk kepada doa golongan kafir pada hari kiamat, sedangkan orang kafir boleh jadi dia memperolehi apa yang dia doa dan minta di dunia daripada Allah SWT sejurus selepas dia berdoa, seperti yang dibuktikan dalam banyak ayat al-Quran.
Pandangan yang sama juga turut disebut oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari, Syeikh al-Zarqani dan Syeikh al-Munawi.
Syeikh Ibn Taimiyyah pula berkata:
وَأَمَّا إجَابَةُ السَّائِلِينَ فَعَامٌّ؛ فَإِنَّ اللَّهَ يُجِيبُ دَعْوَةَ الْمُضْطَرِّ وَدَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا
Maksudnya: Pemakbulan doa orang yang meminta pula ada bersifat umum; sesungguhnya Allah SWT memakbulkan doa orang yang dalam kesusahan dan yang dizalimi, meskipun dia seorang kafir.
Namun ini tidak bermaksud bahawa Allah SWT reda kepada orang kafir tersebut. Kata Ibn al-Qayyim:
فليس كُلُّ مَنْ أَجَابَ اللهُ دُعاءَه يكونُ راضياً عنه، ولا محباً له، ولا راضياً بِفعلهِ فإنه يُجِيبُ البر والفاجرَ، والمؤمنَ والكافرَ
Maksudnya: Bukan semua orang yang Allah SWT makbulkan doanya itu bermaksud Allah reda atau sayang padanya, tidak juga bermaksud Dia reda dengan perbuatannya; ini kerana Allah SWT memakbulakn doa orang yang baik dan jahat, mukmin dan kafir.
Imam Ibn Rajab al-Hanbali pula ketika mensyarahkan sebuah hadis berkenaan seorang hamba wanita berkulit hitam yang masih belum memeluk Islam telah dituduh mencuri sehelai selendang oleh tuannya, lalu tersingkap kebenaran bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Beliau memberi komentar:
فإنْ كَان الكافرُ مَظْلومًا كَهذهِ المرأةِ فَهُوَ أَقْرَبُ إِلى تفريجِ كُرْبَتِهِ وإجابَةِ دَعْوَتِهِ، فإنَّ دَعْوَةَ المظلومِ قَدْ تُجَابُ مِن الكافرِ، كما وَرَدَ في أحاديث مرفوعة متعددة؛ فإن عَدْلَ اللهِ يَسْمَعُ المؤمنَ والكافرَ، والبَرَّ والفاجرَ.
Maksudnya: Jika seorang kafir dizalimi seperti wanita ini, maka dia sebenarnya sangat dekat dengan pelepasan daripada ujian yang menimpanya dan penerimaan doanya, kerana doa orang yang dizalimi boleh jadi dimakbulkan daripada seorang kafir, seperti mana yang disebut dalam hadis. Sesungguhnya keadilan Allah itu Maha Mendengar doa mukmin dan kafir, sama ada baik atau jahat.
Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani turut senada dengan Imam Ibn Rajab dan menyatakan perkara yang serupa ketika mensyarahkan hadith ini.
Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi pula menyatakan:
وَإِجَابَةُ اللَّهِ لِدُعَاءِ الْعَبْدِ، مُسْلِمًا كَانَ أَوْ كَافِرًا، وَإِعْطَاؤُهُ سُؤْلَهُ - مِنْ جِنْسِ رِزْقِهِ لَهُمْ، وَنَصْرِهِ لَهُمْ. وَهُوَ مِمَّا تُوجِبُهُ الرُّبُوبِيَّةُ لِلْعَبْدِ مُطْلَقًا.
Maksudnya: Allah SWT memakbulkan doa hamba-Nya, sama ada muslim atau kafir, dan Dia memberikan apa yang mereka minta dari sudut jenis rezeki serta mengurniakan pertolongan kepada mereka; dan ia merupakan satu manifestasi sifat Rububiyyah kepada hamba-Nya secara mutlak.

No comments:
Post a Comment